About Me

My photo
"Kita Mungkin tidak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik"

Friday, July 4, 2014

Kaedah Menghafaz/ hafazan




Assalamualaikum..

spt y diketahui, sem ini kami akan menghadapi 1 subjek y sangat mencabar iaitu subjek Hafazan..

jujur aku katakan subjek ini mrupakan subjek y sngt mencabar bt aku krana menghafal ayat al-quran bukannya sesuatu y mudah.. 

kena jaga makan, kena jaga mata..
kesimpulannya kena jaga diri.

ini krana al-quran itu ayt y suci, bila menghafal hati jg kena bersih .
(astagfirullah)

tp apa y menariknya, ust zaki telah memperkenalkan kami 1 teknik mnghafal dgn mudah, dan y lebih pnting, kita rasa enjoy bila mnghafal..bukan spt slalu, mnghafal spt 1 beban. 





knpa dgn surah al-fatihah? bukankah kita semua tlh menghafalnya sekian lama?bahkan sjak kcil lg surah ini sntiasa terngiang2 ketika solat.

thats not the point. 

apa y d uji sbnarnya ialah, cuba baca surah al-fatihah dr ayt 7-1. (bukan 1-7)
and then no. ganjil di ikuti no.genap dan akhir skali random no apa pd surah ini tanpa melihat mushaf..

adakah kita dpt membaca dgn lancar tanpa teragak2?

pd sem ini, kami menggunakan teknik ini apabila menghafal.

pada permulaannya, kami akan mengulang ayat cth ayat pertama scara berkali-kali dgn mlihat mushaf.. ulang smpai bila tutup mata pun otak kita boleh terbayang d mana kdudukan ayat tersebut..dan paling penting, sebut no ayat skali. contohnya:

satu: بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

dua: الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

kenapa perlu sebut no? ini kerana spt y d ketahui, nombor memerlukan otak kiri, manakala menghafal pula memerlukan otak kanan ... oleh itu, penggabungan otak kiri dan kanan mempercepatkan proses pmbljaran..

pd permulaannya kami d berikan kumpulan dan mnghafal ayat y d berikan.. (x bnyak sngt, dlm 10 ayt gitu) setelah semua ayat telah d kuasai, kami menghafaz pula mngikut urutan depan- belakang, urutan blakang-depan, dan kemudian scara random..

sebut no dan baca ayt tersbut..

kmudian wakil stiap kumpulan akn dtg ke depan dan d uji..
wakil kump y dapat mnghafaz tanpa salah akan d beri markah pnuh..

stelah slesai, bt lg round kedua, ketiga, keempat dan seterusnya(bgantung kpd jumlah pljar) d mana stiap wakil kump lg akan ke depan dan d uji...

pnglmn aku bila teknik mcm ni kna bt, kompom hormon adrenaline aku mningkat hebat..
gmuruh, risau bila markah ahli kump terjejas, rasa tersaing dan mcm2 lg..tp apa y bestnya, kita rasa terdorong, x membebankan, dan kita tahu d mana posisi ayat tersebut d dalam quran..

cuma syaratnya, kita x ble tukar mushaf lain lg setelah mnghafal.. ini krana d takuti bayangan kedudukan ayat mushaf lama tersebut berbeza dgn mushaf baru y kita gunakan..

berikut merupakan ganjaran di akhirat bg mereka2 y menghafal quran:


  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

oklah sekian sahaja entry utk hari ini..  =)
rajin2kanlah diri kita menghafal quran demi kebahagiaan akhirat..
dan ketika itulah darjat ibu bp kita di angkat tggi krana kita berjaya mnghafal quran...

assalamualaikum..


p/s: terbaca sesuatu y menarik hati "ank muda y hanya sibuk mengjar cinta tidak akan sesukses ank muda y mengejar ilmu -Mario Teguh-"





1 comment:

  1. Salam Emma.tq for the tips its really helpful since sekarang ni nak tambah lg ilmu dan tambah hafazan akak.Jemput datang blog yer..tq dear

    ReplyDelete