About Me

My Photo
"Kita Mungkin tidak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik"

Saturday, April 20, 2013

Sebelum Aku Bernikah



"Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya"

begitulah definisi seorang penulis motivasi terkenal, Hilal Ashraf.

musim2 eseimen yang belambak bgini aku x tau benda apa merasukku supaya banyak membaca buku..
=.=




aku x tau pendapat org mcmna...tp pendapat aku buku ni mmg best terutamanya org bujang2 mcm aku ni..:p

buku ini menceritakan bagaimana kita melihat cinta itu sebagai cinta yang suci tanpa menyalahkan fitrah manusia itu sendiri.. kalaulah islam itu menyalahkan cinta, bukankah kita menyalahi fitrah kita sendiri? umpamanya kita menahan diri daripada berkahwin sdangkan kahwin itu 1 fitrah bukan??

part y paling aku fokus baca ialah part PATUTKAH KITA MELUAHKANNYA?

bg penulis buku ini, sekiranya suka, perlu ada perancangan bagi meluahkannya.. mahu x mahu, perasaan itu mesti d luahkan..

why the bcoz?

"Luah itu adalah usaha kita untuk mendapatkan orang yang kita cintai, yang kita rasa baik kepadanya".

iya, kita x sepatutnya hanya menunggu jodoh y dtg (terus aku terbayang muka aku tggu lelaki dtg dijendela rumah y dulu2 punya) tanpa berusaha..

mmg, jodoh d tangan Tuhan, tetapi kita boleh memilih sesiapa y kita pilih untuk menjadi jodoh kita..


"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya). "
(al-baqarah ayat 221)


ok aku ambil pendapat penulis ini, di mana beliau menfokuskan ayat :

"Janganlah kamu berkahwin dengan....."

melalui ayat ini, bukankah tandanya jodoh itu pilihan kita?jikalau semua sudah d aturkan, ditetapkan, mngapa Allah berpesan kita jangan berkahwin dengan sekian-sekian jnis org?-ayt copypaste buku-

Wallahu'alam..aku hanya bersandarkan pendapat beliau..pandai2la pembaca menilai sndiri..aku bukan seorang mufti and bukan jg seorg ulama utk mentafsir sesuatu ayt..takut2 kalau ayat ini menjadi isu dalam mencari jodoh suatu ketika nanti :p

ok berbalik kpd isu meluah td, aku sokong dgn pendapat beliau di mana apabila meluah, kita msti berada dalam keadaan mantap, bersedia, punya kematangan dan wawasan.. (tp aku x branila p meluah dgn ibu bp  sbb aku ni penakut..~~ =.= )

aku mulai membina definisi cinta dalam diri aku itu sendiri di mana kalau benar cinta, kita mesti cuba membina diri, membina peribadi. jangan meluah dalam *keadaan berbogel, tanpa diri x punya apa2..

maka pilihlah jodoh y baik2... seorang y kamu rasakan ble mnjadi suami/isteri yang baik pada pandangan kamu..

x perlu tergesa-gesa mencari pasangan...yakinlah jikalau kita berusaha memperbaiki diri dan menjadi org y baik, org y baik2 juga akan dtg kpd kita.. :)

aku sangat tertarik dgn ayt penulis:
"Couple ini mudah. x ada perjanjian komitmen spt akad nikah. apabila rasa mahu tinggal, kita tinggalkan tanpa perlu susah2 p mahkamah dan sbgnya."

not, im not anti kapel..tp ayat di atas sngt menarik perhatianku. (abesla kalau kwn2 aku y berkapel tebaca post ni. ha ha.. )

aku tahu mgkin perjalanan aku utk menuju ke gerbang perkahwinan mungkin masih terlalu jauh..
tp aku akan berusaha memperbaiki diri...
memang. memang aku x akan sempurna. x akan sempurna even sda bertahun2 akan berlalu.
manusia. itu aku.

tp aku percaya lebih baik berusaha utk berubah drpd xda usaha lgsg.

selain tu, buku ni jg membuka minda aku betapa pentingnya menjalinkan hbungan kekeluargaan antara si lelaki dan pmpn...so klo la kita berkenan dgn sesorg 2, jan suka dkat diri dy sja, tp berkenal-kenallah jg dgn ahli kuarganya... (nanti aku praktikkan . haha)..

sedar x sdar makin banyak suda aku ceramah kan?? :p

mohon maaf jikalau ada y x senang dgn post ini. sekadar sdikit review dan pandangan mengenai buku ini. 

Assalamualaikum.


syukurla nak ada camera 360... :p


muka baik vs muka gilaaaa...



p/s: "Apabila Syaitan mengingatkanmu tentang masa silammu, Ingatkan ia pada masa depanmu"

Yeah! aku x akan membiarkan masa silamku menghalang driku drpd bertaubat dan berubah menjadi baik.. kita x akan tau siapa diri kita di masa hadapan... shuh2 iblis~~ :p






1 comment: